Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum
sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk
ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada
org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun
rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau
sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki
yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar
lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd
menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
Memang kita mudah ter silap
mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia
kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang
kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.
Kita selalu melihat org
memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita
ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli
dengan harga biasa, dia
terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap
dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu
berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku
hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke
tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang
memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi
deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran
yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya
semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka
sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah
dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila
anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka?
Berapa ramaikah yang
menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian
membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa
sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar
isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum
cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2
belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu
kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan
nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan
pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan
iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan
insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan
dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut
kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang
menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu
mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah
berpesan..
"Kadang2 Allah
sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan
kilat..
kita menangis dan
tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak
hadiahkan kita pelangi.." "
`Cinta yang disemadikan
tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk
kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar
haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi
iman terselit didada...
P.S :- Ramai yang ingin
berkahwin, tetapi ramai yang tidak tahu
menghargai sebuah perkahwinan..
No comments:
Post a Comment