Saturday, December 18, 2010

Infaq Itu Pelita Hati

alt
Tabung Misi Selamatkan Palestin yang berbentuk silinder itu ditenung lama. Kadang-kadang tangannya ringan menggoncang, berdenting-denting bunyi duit syiling di dalamnya. Terhantuk pada dinding aluminium tabung hijau itu mungkin. Sudah setahun lebih tabung itu menjadi miliknya, tabung yang dibeli semasa Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) tahun lepas.
Duit. Pentingkah bagi manusia?
Kak, ambil rm150 ini. Tolong pass kan pada bendahari surau ye. Tapi, tak perlulah bagitahu siapa yang beri.
Cah, simpan duit rm 50 ini. Ada orang derma. Alhamdulillah.
Tanpa duit, daurah susah nak berjalan.
Tanpa dana, jaulah sukar nak bergerak.
Tanpa wang, program da'wah jadi lesu.
Tanpa sumbangan, mukhayyam jadi beku.
Infaq. Pentingkah?
Wahai orang-orang yang beriman! Infaqkanlah sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untukmu.(2: 267)
Maka perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya ke jalan Allah akan diperteguhkan jiwanya persis sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan dua kali ganda buah-buahannya.
Juga perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai ada seratus biji.
Juga limpahan pahala yang melimpah ruah di sisi Allah tanpa rasa takut dan bersedih hati. Kerana harta yang diinfaqkannya itu diberikan fi sabilillah siang dan malam.
Kerana Allah itu maha Luas, maha Mengetahui.
Sungguh harta Abdul Rahman b. 'Auf menjadi saksi.
Benar Abu Bakar as-Sidq banyak memberi.
Bahkan Umar Abdul Aziz juga, dirinya diketepi untuk kemaslahatan umatnya sendiri.
Kerana mereka tidak mengharap balasan duniawi. Tetapi yang diharapkan mereka ialahsyurga yang abadi!
Jadi apa tunggu lagi?

No comments:

Post a Comment