Kategori : IBADAH Solat |
Tajuk : |
Tatatertib Wanita Di Dalam Masjid |
Hadith : |
Yahya bin Qaza’ah menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Said, daripada az-Zuhri, daripada Hind binti Harith daripada Ummu Salamah katanya :”Apabila rasulullah s.a.w memberi salam, wanita-wanita bangun ketika selesai salam baginda dan baginda duduk sekejap pada tempatnya sebelum baginda bangun. Katanya:”Kami berpendapat wallahu a’laam, itu adalah bertujuan supaya wanita-wanita beredar lebih dahulu daripada lelaki.” (Bukhari) Huraian Sebarang perkara yang mendatangkan fitnah, hendaklah dielakkan apalagi dalam mengerjakan ibadat solat sedangkan solat itu bertujuan mencegah kekejian dan kemungkaran. Oleh itu bagi wanita yang mengerjakan solat di masjid seboleh-bolehnya mengelak daripada sebaranga fitnah yang berpunca daripada berbagai perkara seperti bertabarruj (berdandan atau bersolek), ikhtilath (bercampurnya antara lelaki dan perempuan), memakai wangi-wangian dan lain-lain. Maka apabila selesai mengerjakan solat cepat-cepatlah pulang ke rumah dan jangan sekali-kali mendedahkan diri pada pandangan lelaki yang bukan mahram sebagaimana yang dimaksudkan di dalam hadith di atas. |
Perkongsian Bersama ( Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". )
Tuesday, September 14, 2010
Tatatertib Wanita Di Dalam Masjid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment